Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Atlet diingat waspada gejala penyakit bawaan haba

    PHNOM PENH, 5 MEI – Kesan utama penyakit bawaan haba seperti strok haba kekal menjadi kebimbangan utama pasukan perubatan kontinjen negara Malaysia di Sukan SEA 2023 yang berlangsung dalam fenomena cuaca panas melampau.

    Ketua Pegawai Perubatan Kontinjen (CMO), Dr Jasmiza Khuzairi Jasme berkata cuaca di Kemboja panas dan sangat kering sehingga suhu boleh mencecah 40 darjah Celcius sekali gus strok haba mungkin boleh menyerang atlet terutama mereka yang terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.

    Menurut beliau, antara simptom awal penyakit bawaan haba ialah pening, kurang bermaya dan rasa seakan kepala berpusing manakala serangan strok haba pula mampu menyebabkan atlet pitam atau lebih parah.

    “Sekiranya mereka bergejala kita sudah boleh ambil langkah berjaga-jaga atau dia (atlet) sendiri kena tingkatkan hidrasi. Kita juga menasihatkan supaya atlet tidak mengambil terlalu banyak air manis, kopi ataupun minuman berkafein sebab itu akan jejaskan hidrasi.

    “Sudah tentu yang terbaik adalah minum banyak air kosong ataupun minuman elektrolit untuk pastikan air dan garam dalam badan berada dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui Bernama di klinik kontinjen negara di Perkampungan Atlet Sukan SEA 2023.

    Bagi atlet yang terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama ketika bertanding, beliau berkata mereka perlu menggunakan tuala basah ataupun pek ais untuk menyejukkan anggota badan seperti di belakang leher, kepala dan celah-celah badan bagi mengurangkan risiko suhu badan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -