Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Atlet duathlon sertai Powerman Malaysia

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Tiga atlet duathlon Brunei telah menyertai Kejohanan Powerman Malaysia Asia 2022 di Putrajaya, Malaysia, baru-baru ini.

    Mohd Yusra bin Haji Md Yakub menyertai kategori Klasik Individu (10km berlari, 60km berbasikal, 10km berlari) sementara Muhammad Hazmie bin Johari dan Pengiran Mohamad Herman bin Pengiran Duraman menyertai kategori Larian Singkat Individu (5km berlari, 30km berbasikal, 5km berlari).

    Muhammad Hazmie berjaya mendapat tempat ke-15 daripada 184 peserta dalam kategori umur 45-49 tahun dengan catatan masa 1 jam 53 minit 46 saat.

    Sementara itu, Pengiran Mohammad Herman berkata, “Kami perlu menunggu dua tahun untuk menyertai acara ini. Sepatutnya ia diadakan pada tahun 2020 tetapi terpaksa ditunda kerana pandemik COVID-19.

    “Ini merupakan kali ketiga saya menyertai Powerman Malaysia. Ia adalah acara duathlon terbesar di dunia dengan lebih 4,200 orang peserta dari 35 buah negara yang terlibat pada tahun ini.

    “Acara ini begitu teratur dan sesuai untuk sesiapa yang mahu mencuba sukan duathlon ini dan mahu mencabar diri mereka dengan kategori yang lebih sukar,” kata Pengiran Mohammad Herman yang sebelum ini pernah menyertai kategori Larian Singkat pada 2013 dan kategori Klasik pada 2017.

    Atlet duathlon Brunei ketika menyertai Kejohanan Powerman Malaysia Asia 2022 di Putrajaya, Malaysia, baru-baru ini. – Gambar serahan Herman Duraman
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...