Monday, November 4, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet judo yakin hadiahkan pingat buat Malaysia

    MELAKA, 8 MEI – Atlet judo kebangsaan Malaysia Ong Kun Xiong dan Tan Woon Kiat yakin mampu melakar kejutan di Sukan SEA ke-31 di Vietnam, walaupun tanpa menjalani latihan pusat dan menyertai sebarang kejohanan besar sejak dua tahun lalu akibat COVID.

    Bakal berentap dalam acara Goshin-Jutsu Kata, kedua atlet berusia 31 dan 34 tahun itu menjelaskan, mereka hanya dapat berlatih pada waktu malam atau hari cuti, memandangkan terikat dengan pekerjaan hakiki sebagai jurutera kilang di Melaka. Biarpun Kata yang dipertandingkan adalah baharu dan positif dalam usaha mereka untuk meraih pingat, gandingan tersebut bagaimanapun enggan memandang rendah kepada peserta negara lain, terutama atlet tuan rumah iaitu Vietnam.

     Sementara itu, Lee agak positif dengan kerja keras kedua-dua atlet tersebut dan berdasarkan kepada pengalamannya dalam acara tersebut akan memastikan pingat emas acara kata pada temasya dwitahunan itu akan menjadi milik Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda