Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet Kenya mati dibunuh

    NAIROBI, 14 OKT – Pelari jarak jauh Kenya, Agnes Tirop ditemui mati hari ini dengan kesan tikaman di perutnya dipercayai akibat dibunuh, kata pegawai olahraga.

    Polis berkata mereka kini memburu suaminya berkaitan insiden terbabit yang berlaku di kediaman Tirop dekat barat Kenya.

    Tirop, 25, adalah atlet yang sedang meningkat naik – pemenang dua pingat gangsa acara 10,000 meter dan juara dunia merentas desa 2015 selain keempat dalam acara 5,000 meter pada Olimpik Tokyo tahun ini.

    Pada bulan lalu, dia memecahkan rekod dunia 10km wanita pada Road to Records Event dekat Jerman dengan catatan 30:01 saat, mengurangkan 28 saat daripada rekod sebelumnya, kata Olahraga Kenya.

    Tirop juga mencipta sejarah pada 2015 apabila bergelar atlet kedua termuda menang dalam acara merentas desa selepas Zola Budd.

    “Kenya kehilangan permata yang juga seorang daripada atlet paling meningkat dalam arena antarabangsa, terima kasih atas persembahan baiknya di trek,” kata Olahraga Kenya dalam satu kenyataan.

    “Kami masih menanti butiran lanjut mengenai kematiannya.”

    Komander polis Keiyo Utara, Tom Makori memberitahu AFP bahawa suami Agnes, Emmanuel Rotich adalah ‘orang yang disyaki’ dalam kes itu dan menjadi sasaran buruan polis. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pemenang gangsa Kenya, Agnes Jebet Tirop bergambar di podium selepas acara 10,000m wanita di stadium antarabangsa Khalifa di Doha. Tirop ditemui mati dengan luka tikaman di perut pada 13 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda