Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Atlet muda tempah tiket awal ke Birmingham

-

KUALA LUMPUR, 8 DIS – Atlet angkat berat muda negara Mohamad Aniq Kasdan muncul badang pertama melayakkan diri ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas meraih pingat emas Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel di Uzbekistan yang diadakan sekali dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021, semalam.

Atlet berusia 19 tahun yang beraksi dalam kategori 55 kilogram (kg) melakukan angkatan 107 kg bagi kategori snatch dan 142 kg clean and jerk untuk mencatat keseluruhan 249 kg, sekali gus mengatasi rekod kebangsaan milik Muhamad Azroy Hazalwafie iaitu 248 kg yang dilakukan pada Kejohanan Asia 2019 di China.

Mohamad Aniq turut membawa pulang pingat perak bagi kategori clean and jerk dalam saingan Kejohanan Dunia.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata pencapaian Mohamad Aniq itu meletakkan Malaysia di tangga pertama kelayakan Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi kategori 55 kg.

“Pencapaian ini adalah pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penganjuran kejohanan Angkat Berat Dunia kerana berjaya memenangi pingat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Badang kelahiran Segamat, Johor sebelum ini pernah melakar sejarah buat negara apabila cemerlang meraih tiga pingat emas, sekali gus berjaya melebur dua rekod kebangsaan pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa Indonesia 2019. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -