Oleh Yunus Fadhil
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Atlet pelajar tempatan membanggakan negara selepas memenangi pelbagai pingat semasa Kejohanan Cabaran Balapan dan Padang Akademi Sukan CAK yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur, Malaysia.
Awang Abdullah Abas bin Awang Abdullah mengetuai usaha pasukan Brunei memenangi pingat emas dalam acara 1,500 meter lelaki individu bawah 16 tahun selepas mencatat masa 4:29:03s. Rakan senegaranya, Awang Muhammad Nurirfan bin Muhammad A’arafah berada di tempat kedua sekali gus meraih pingat perak dalam kategori yang sama selepas mencatat masa 4:29:10s.
Sementara itu, Kasful dan Syura menggondol pingat perak dalam acara masing-masing.
Pasukan ini diketuai oleh Jurulatih Younes Ammouta.
