Wednesday, March 22, 2023
22.9 C
Brunei

-

Atlet pelayaran Khairulnizam julang Piala Eropah

KUALA LUMPUR, 22 MAC – Pelayar Malaysia Khairulnizam Mohd Afendy muncul juara Piala Eropah EurlLCA 2022 di Port de Pollenca, Sepanyol, Ahad lepas.

Pelayar dari Selangor berumur 28 tahun itu menjulang trofi acara laser lelaki ILCA7 dengan mengumpul 12 mata bersih menerusi tujuh daripada lapan perlumbaan yang dijadualkan, menurut laman web kejohanan https://eurilca.org.

Pelayar Argentina Agustín Vidal meraih tempat kedua dan menamatkan kejohanan dengan satu mata mendahului juara Bawah-21 Gonzalo Suarez yang mewakili kelab Sepanyol Nautico Altea, selepas lapan perlumbaan.

Awal bulan ini, Khairulnizam, yang beraksi di Olimpik London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020, membawa pulang pingat perak di Kejohanan Pelayaran Asia di Abu Dhabi. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -