Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Atlet powerlifting negara pamer prestasi menakjubkan di Piala SEA

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Atlet powerlifting Brunei Darussalam dari Persekutuan Powerlifting Brunei Darussalam (PFBD) menikmati penampilan sulung yang memberangsangkan di persada antarabangsa selepas menggondol 18 pingat dan pelbagai rekod kebangsaan dalam Piala Asia Tenggara (SEA) di Trove, Johor Bahru baru-baru ini.

    Enam atlet Brunei, dibimbing oleh Mateen Amirrudin menyumbang kepada kutipan lima pingat emas, tiga perak dan 10 gangsa.

    Daripada enam pemenang pingat, Jackie Chan merupakan atlet paling menonjol setelah memenangi empat pingat emas dalam kategori U66 Masters I. Jumlah berat 490 kilogram menandakan rekod kebangsaan baharu yang merangkumi 185 kilogram dalam squat, 100 kilogram bagi bench dan 205 kilogram dalam deadlift. Dia juga mencapai rekod kebangsaan baharu dalam acara squat dan deadlift.

    Rakan senegara, Ibnu Ayyub turut memenangi emas dalam kategori Terbuka U59 selepas mencipta rekod kebangsaan baharu dalam acara deadlift dengan berat 217.5 kilogram. Dia juga meraih dua pingat perak daripada markah keseluruhannya 510 kilogram dan dalam acara squat dengan 185 kilogram, serta gangsa di bench dengan 107.5 kilogram. Skor gabungan Ibnu dengan 510 kilogram juga merupakan rekod kebangsaan baharu.

    Atlet powerlifting Brunei bergambar ramai semasa kejohanan Piala Asia Tenggara (SEA) di Trove, Johor Bahru baru-baru ini. – Gambar serahan Persekutuan Powerlifting Brunei Darussalam (PFBD)
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...