Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Atlet rejam lembing Olimpik digantung

    NEW DELHI, 3 OKT – Pihak berkuasa antidadah India telah menggantung atlet rejam lembing Olimpik Tokyo, Shivpal Singh selama empat tahun selepas dia diuji positif mengambil bahan terlarang.

    Shivpal, atlet rejam lembing kedua terbaik India selepas pemenang emas Olimpik Neeraj Chopra, disingkirkan daripada pertandingan pada September tahun lalu.

    Shivpal, yang menduduki tempat ke-27 dalam pusingan kelayakan rejam lembing pada Sukan musim panas lalu, diuji positif bahan terlarang methandienone, steroid perangsang prestasi.

    Pengharaman ke atas atlet berusia 27 tahun itu oleh panel disiplin antidadah berkuat kuasa dari masa penggantungannya pada Oktober tahun lalu. Ia berakhir pada Oktober 2025, menurut panel.

    Shivpal beraksi dengan catatan terbaik 86.23 meter untuk memenangi pingat perak pada kejohanan Asia di Doha pada 2019.

    Dia ditambah kepada senarai atlet India yang digantung atas doping pada tahun ini, termasuk atlet lempar cakera Olimpik Tokyo Kamalpreet Kaur.

    India menduduki tempat ketiga dalam jumlah pencabulan dadah di belakang Rusia dan Itali, menurut laporan Agensi Anti-Dadah Dunia yang dikeluarkan pada tahun lalu. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Shivpal Singh dalam acara rejam lembing semasa Sukan Asia di Jakarta. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...