Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet silat harumkan nama negara

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Delegasi silat Negara Brunei Darussalam selamat tiba ke tanah air hari ini selepas berjaya mengharumkan nama negara di Kejohanan Pencak Silat Jemputan Sukan Asia di Padepokan, Jakarta, Indonesia.

    Hadir mengalu-alukan para atlet silat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Presiden Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Brunei Darussalam, Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Ludin.

    Juga hadir di lapangan terbang ialah ahli-ahli jawatankuasa tertinggi persekutuan serta ahli-ahli keluarga atlet.

    Delegasi silat negara bergambar ramai setiba mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar oleh Khairil Hassan

    Pada kejohanan itu, pesilat negara Norleyermah binti Haji Raya berjaya meraih pingat perak dalam acara Seni Tunggal, manakala Zainorarif Zaini pula menyandang pingat gangsa dalam acara tanding Kelas D.

    Sementara itu seorang lagi peserta negara, Elmi Zaini berjaya memberikan saingan hingga berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Tanding Kelas B.

    Delegasi silat negara ke kejohanan itu diketuai oleh Haji Adanan Ahad, selaku pengurus, dan diiringi oleh jurulatih Tanding dan Seni iaiti Hassan Haji Tuah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda