Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Atlet ski Norway diganti sebab COVID-19

    NORWAY, 30 JAN – Pandemik terus memberi kesan kepada pasukan ski merentas desa ketika mereka menuju ke Sukan Olimpik Beijing, dengan pemain ski Norway diganti dan pesaing Sweden diuji positif apabila tiba di China.

    Pasukan wanita Norway menggantikan Anne Kjersti Kalva dengan Ragnhild Haga selepas Kalva diuji positif COVID-19.

    “Kami perlu memastikan atlet yang mencukupi untuk sukan itu,” kata jurucakap Persekutuan Ski, Gro Eide kepada wartawan.

    Heidi Weng juga telah diuji positif, tetapi Eide berkata keadaannya belum dipastikan.

    Pemain ski merentas desa Sweden, Leo Johansson berada dalam kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 ketika dia tiba di China, kata jurucakap pasukan, Lars Markusson.

    Johansson telah diuji positif sebelum kem latihan di Itali pada dua minggu lalu dan dia pulang ke Sweden, jadi dia tidak mempunyai kontak terdekat dengan ahli pasukannya, kata Markusson. Dia telah disahkan enam kali negatif ujian PCR sebelum berangkat ke China tetapi apabila dia tiba pada Jumaat lalu, dia didapati positif. Dia juga mendapat ujian positif dalam ujian keduanya kelmarin, kata Markusson.

    Tidak ada ujian positif lain ke atas pasukan kebangsaan semasa ketibaan mereka, kata pengurus pasukan, Peter Reinebo. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...