Thursday, September 29, 2022
31.9 C
Brunei

Atlet sukan petanque berlepas ke Malaysia

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia hari ini dianggotai seramai empat orang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan petanque bagi menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat jalan dan seterusnya memberikan kata-kata nasihat kepada kontinjen negara ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal’ bin Pengiran Haji Mahmud. Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.

Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, Malaysia diketuai oleh Chef de Mission Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim.

Edisi kali ini, atlet dan pasukan negara akan menyertai sebanyak lima acara sukan iaitu akuatik (renang), karate, petanque, pencak silat dan wusyu.

Pertama kali Negara Brunei Darussalam mula mengikuti SUKMA ialah pada tahun 1996, manakala kali terakhir ialah pada tahun 2018 di Negeri Perak. Rombongan terakhir akan bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 17 September ini.

Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan gambar ramai bersama kontinjen negara terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan petanque yang berlepas bagi menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -