Atlet veteran bawa pulang pingat

Oleh James Kon

KUCHING, 10 DIS – Atlet veteran Brunei Darussalam membawa pulang tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa di Kejohanan Athletic Masters Asia ke-21 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Atlet veteran Brunei Darussalam, Kapten (B) Haji Osman bin Lahab berjaya memenangi pingat perak dalam acara Lompat Kijang dan pingat gangsa bagi acara 80 meter berpagar; Haji Ariffin bin Abdullah juga berjaya menghadiahkan pingat perak dalam acara Lompat Kijang.

Sementara itu, Haji Zainal bin Namit memenangi pingat perak untuk acara Rejam Lembing. Haji Abdul Rani bin Metassan berjaya memungut dua pingat gangsa bagi acara Lompat Jauh dan Lompat Kijang

Seramai 6,000 atlet dari 46 negara mengikuti kejohanan tersebut dan sebanyak 28 acara padang dan balapan dipertandingkan.

Brunei Darussalam diwakili oleh 20 orang atlet veteran yang diketuai oleh Setiausaha Persatuan Veteran, Hajah Mariah binti Haji Metussin.

Atlet veteran Brunei Darussalam bergambar ramai dalam kejohanan tersebut.