Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada 15 atlet veteran telah berjaya mengharumkan nama negara apabila berjaya mengutip 36 pingat iaitu 19 pingat emas, sembilan pingat perak dan lapan pingat gangsa di Singapore Masters Athletics Championship yang ke-40, baru-baru ini.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Bukit Gombak, Singapura itu, atlet veteran Haji Ariffin bin Abdullah berjaya meraih empat pingat emas bagi kategori 75-79 tahun dalam acara larian 200m, 400m, 800m dan acara lompat kijang.
Manakala empat lagi pingat emas turut disumbangkan oleh Haji Rani bin Haji Matasan dalam acara lompat kijang, lompat jauh, lompat tinggi dan juga lompat pagar 80m bagi kategori 70-74 tahun.
Rombongan pimpinan Setiausaha Agung Atlet Veteran NBD, Hajah Mariah binti Haji Metussin berkenaan turut bersaing dengan para peserta dari Indonesia, Hong Kong, Sri Lanka, India, Filipina, Malaysia, Thailand dan Taiwan.