Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Atlet veteran raih kejayaan di Malaysia

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT– Atlet veteran Negara Brunei Darussalam berjaya membawa pulang sembilan pingat emas, dua pingat perak dan empat pingat gangsa dalam Kejohanan Olahraga Masters Antarabangsa Malaysia 2023 ke-35 yang diadakan selama dua hari di Stadium UM Arena Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

    Husna binti Abdullah selaku pengurus pasukan tersebut mendapat tiga pingat emas dalam acara larian 800 meter (m), 1,500m dan 2,000m.

    Manakala Kapt (B) Haji Osman bin Lahab memperoleh tiga pingat emas dalam acara 3,000 meter, larian 100m serta acara lompat jauh dan pingat perak dalam acara 200m.

    Haji Abdul Rani bin Haji Matasan berjaya membawa pulang dua pingat emas dalam acara lompat kijang dan lompat tinggi. Manakala pingat perak juga diraih bagi acara lompat jauh dan pingat gangsa untuk acara larian 100m.

    Sementara itu, Haji Zainal bin Haji Namit berjaya meraih pingat emas dalam acara rejam lembing dan satu pingat gangsa dalam acara lompat tinggi. Manakala, Metusin bin Sumpong membawa pulang satu pingat gangsa dalam acara larian 200m.

    Haji Ariffin bin Abdullah pula berjaya meraih satu pingat gangsa dalam acara larian 400m.

    Husna dan kontinjen negara bergambar ramai bersama pingat yang dimenangi semasa kejohanan berkenaan. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...