Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Atlet wushu Brunei tersasar dari podium

    Oleh Fadhil Yunus

    HANOI, 13 MEI – Negara Brunei Darussalam terlepas daripada mendapatkan pingat pada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-31 selepas atlet wushu negara, Mohammad Adi Salihin bin Roslan menduduki tempat keempat dalam acara nandao lelaki di Gimnasium Cau Giay di Hanoi, Vietnam hari ini.

    Atlet negara itu mengumpul sebanyak 9.65 mata, tersasar sedikit daripada mendapatkan pingat gangsa yang dimenangi oleh Van Huu Nong dari Vietnam dengan 9.67 mata.

    Mohammad Adi Salihin, yang merupakan pemenang pingat emas nandao selepas kejayaannya pada edisi sebelumnya di Manila, ditandingi oleh Pham Quoc Khanh dari Vietnam dengan mata kemenangan 9.70 mata.

    Dalam acara yang sama, Calvin Lee Wai Leong dari Malaysia meraih perak dengan 9.68 mata.

    Manakala abang kepada atlet negara tersebut, Mohammad Safiee Shayferan Roslan, turut terlepas tempat di podium selepas menduduki tempat kelima dengan 9.64 mata dalam acara changquan lelaki.

    Peserta baharu Brunei, Walid Lachkar juga mengikuti acara yang sama di mana beliau memperoleh 9.23 mata.

    Memenangi pingat emas dalam acara tersebut ialah Clement Ting Si Wei dari Malaysia manakala Jowen Si Wei Lim dari Singapura dan Seraf Naro Siregar dari Indonesia masing-masing meraih perak dan gangsa.

    Harapan pingat Brunei, Hosea Wong Zheng Yu menamatkan saingan di luar podium dengan mata 9.48 mata dalam acara taijiquan lelaki.

    Peserta Malaysia, Zhi Yan Tan memperoleh pingat emas dengan mata 9.71, mengatasi pemain Filipina, Jones Llabres Inso Ligligen yang meraih perak dengan 9.70 mata.

    Jun Kai Chan dari Singapura pula meraih gangsa dengan 9.56 mata. Brunei akan meneruskan usaha memburu pingat dengan Hosea Wong dijadualkan akan bertanding dalam acara taijijian lelaki esok.

    Rakan senegara Muhammad Shafiee Shayferan yang memenangi perak bersama Majdurano Joel Majallah Sain dalam acara duilian lelaki di Manila dan Walid Lachkar juga akan memburu pingat dalam acara daoshu dan gunshu lelaki.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...