Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Atlet wusyu berlepas ke Indonesia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Lima orang atlet wusyu negara telah berlepas ke Tangerang, wilayah Banten, Indonesia untuk bersaing dalam Kejohanan Wusyu Remaja Dunia Kelapan anjuran Persekutuan Wusyu Antarabangsa dari 3 hingga 11 Disember.

    Dua orang atlet lelaki iaitu Walid Lachkar dan Mohd Safiee Shayferan bin Roslan akan bertanding dalam kumpulan A. Manakala, tiga orang atlet wanita iaitu Lim Yee Sean, Lim Wan Xin dan Meagan Marie Keasberry masing-masing akan bertanding dalam kumpulan A, B dan C.

    Atlet-atlet tersebut diiringi oleh jurulatih wusyu negara, Li Hui.

    Kejohanan Wusyu Remaja Dunia berlangsung setiap dua tahun sekali dan merupakan kejohanan kemuncak rasmi Persekutuan Wusyu Antarabangsa yang menampilkan tahap daya saing tertinggi dalam kalangan atlet remajanya.

    Gambar ramai atlet wusyu negara sebelum berlepas ke Indonesia. – Gambar serahan Pasukan Wusyu Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...