Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Atlet wusyu kebangsaan bakal berentap di Sukan Dunia 2022

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Atlet wusyu kebangsaan Negara Brunei Darusalam, Basma Lachkar dan Hosea Wong Zhenyu telah meninggalkan negara hari ini bersama jurulatih kebangsaan, Li Hui dan jurulatih Zhao Chunjie bagi bersaing dalam Sukan Dunia 2022 yang berlangsung dari 7 hingga 17 Julai di Birmingham, Alabama di Amerika Syarikat.

    Sukan Dunia merupakan acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa. Ia dianjurkan dengan sokongan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

    Seramai 3,600 atlet daripada lebih 100 buah negara akan mengambil bahagian dalam saingan merebut sebanyak 223 pingat itu nanti.

    Basma Lachkar dijadualkan akan bertanding dalam acara Taiji Quan dan Taiji Jian wanita manakala Hosea Wong Zhenyu akan bertanding dalam acara Taiji Quan dan Taiji Jian lelaki.

    Menurut Li Hui, beliau akan mengetuai pasukan wusyu negara dalam acara itu nanti. Beliau menambah bahawa penyertaan Brunei kali ini dalam Sukan Dunia merupakan peringkat tertinggi pertandingan antarabangsa dalam kejohanan wusyu.

    “Mereka yang layak menyertai pertandingan ini adalah antara 10 atlet terbaik dalam Kejohanan Wusyu Dunia ke-15 pada 2019. Dua atlet dari Pasukan Wusyu kebangsaan sangat bertuah kerana berjaya melayakkan diri ke temasya sukan itu,” jelas beliau.

    Beliau turut berkongsi bahawa penyertaan tersebut merupakan peluang keemasan bagi atlet negara menimba ilmu serta pengalaman. Di samping itu, atlet negara juga dinasihatkan agar tidak gementar dan akan menunjukkan tahap terbaik mereka di pentas saingan tersebut nanti.

    Li Hui juga ingin menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Persekutuan Wusyu Brunei di atas sokongan padu yang diberikan.

    Delegasi wusyu bersama pegawai dari Persekutuan Wusyu Brunei bergambar ramai sebelum berlepas kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...