Atletico berdepan denda

MADRID, 4 DIS – Atletico Madrid menghadapi hukuman selepas peminatnya melaungkan lagu menentang bekas pemain, Antoine Griezmann semasa perlawanan liga Sepanyol hujung minggu lalu menentang Barcelona.

Liga Sepanyol hari ini mengatakan ia mengecam kelab itu selepas beberapa peminat melaungkan lagu ‘Die Griezmann’ awal perlawanan yang dimenangi oleh Barcelona di Stadium Wanda Metropolitano di Madrid.

Jawatankuasa antikeganasan persekutuan bola sepak Sepanyol akan menganalisis kes itu. Kelab itu akan berdepan dengan denda jika didapati bersalah.

Liga itu berkata kira-kira 2,000 penyokong dari bahagian ultra Atletico menyanyi lagu itu untuk kira-kira 20 saat pada minit ketujuh perlawanan.

Lagu-lagu itu diulang pada babak kedua.

Griezmann meninggalkan Atletico untuk Barcelona pada penghujung musim lalu dalam perpindahan bernilai lebih daripada 120 juta euro (AS$132 juta). – AP