Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Atletico bertemu Betis tanpa Hermoso

    MADRID, 3 MAC – Pemain pertahanan Atletico Madrid Mario Hermoso (gambar) mungkin terlepas perlawanan La Liga menentang Real Betis pada Ahad ini selepas kelab mengesahkan semalam dia mengalami kecederaan otot ‘adductor.’

    Atletico juga bimbang mengenai sama ada Hermoso boleh beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara mereka berdepan Manchester United pada akhir bulan ini.

    Pusingan kedua daripada kelompok 16 saingan terakhir akan diadakan di Old Trafford pada 15 Mac selepas pusingan pertama berakhir seri 1-1.

    Atletico bertemu dengan Real Betis pada Ahad, dengan Betis menduduki tempat ketiga dalam La Liga, satu mata di depan Atletico di tangga kelima.

    “Mario Hermoso menamatkan latihan pada Selasa dengan rasa tidak selesa, maka dia melakukan sesi pemulihan individu pada pagi semalam dan selepas dinilai oleh perkhidmatan perubatan, ujian radiologi dijalankan yang mengesahkan terdapatnya kecederaan di otot ‘adductor’ kanan,” kata Atletico dalam satu kenyataan.

    Hermoso telah menjadi pemain tunggak pasukan Atletico walaupun dia menjadi pemain gantian dalam babak pertama perlawanan menentang Manchester United, dengan Reinildo Mandava dan Renan Lodi menjadi pemain pilihan untuk barisan pertahanan Diego Simeone. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...