Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Atletico dikejutkan pasukan tercorot

    MADRID, 17 FEB – Bermain di gelanggang sendiri dan menentang pasukan terburuk dalam liga Sepanyol, Atletico Madrid mempunyai peluang yang sempurna untuk mendapatkan momentum dan kembali ke empat tempat teratas.

    Juara bertahan itu tidak dapat memanfaatkan peluang tersebut, bagaimanapun, tewas 1-0 kelmarin kepada pasukan Levante yang datang ke perlawanan dengan hanya satu kemenangan liga sepanjang musim.

    “Kami bermain teruk dan kehilangan peluang hebat untuk meletakkan diri kami dalam kedudukan yang baik dalam liga,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone. “Sekarang kami perlu bekerja dua kali ganda lebih keras.”

    Kekalahan yang mengejutkan itu menghalang Atletico daripada merebut semula tempat terakhir kelayakan Liga Juara-Juara. Ia kekal di tempat kelima, terikat mata dengan Barcelona di tempat keempat, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

    Pendahulu liga, Real Madrid mendahului 15 mata.

    Perlawanan itu ditangguhkan daripada pusingan ke-21 bulan lalu.

    Atletico tidak dapat bermain ketika itu kerana ia menentang Real Sociedad pada pusingan 16 Copa del Rey dalam perlawanan yang ditangguhkan disebabkan penyertaan Atletico dalam Piala Super Sepanyol di Arab Saudi.

    Atletico telah memenangi tiga daripada lima perlawanan liga terakhirnya selepas mengharungi empat kekalahan berturut-turut dalam pertandingan itu. – AP

    Aksi Matheus Cunha bersaing untuk mendapatkan bola dalam perlawanan antara Atletico Madrid dan Levante kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...