Atletico kecundang, Madrid perkukuh kedudukan

MADRID, 13 DIS – Real Madrid mengukuhkan kedudukan di tangga teratas apabila menumpaskan Atletico Madrid 2-0 untuk meninggalkan penyandang juara La Liga itu dengan kelebihan 13 mata.

Atletico mempunyai satu perlawanan berbanding pesaing setempat mereka namun kelebihan itu dilihat tidak dapat membantu kerana jurang mata yang jauh. Barcelona kini ketinggalan 18 mata di belakang dan boleh dikatakan sudah tidak relevan untuk mencabar kejuaraan selepas mereka hanya seri 2-2 ketika menentang Osasuna di tempat lawan.

Sevilla yang kali terakhir memenangi kejuaraan liga pada 1946, adalah pencabar paling dekat buat Real, dengan dipisahkan hanya lapan mata.

“Kami adalah pasukan pilihan hari ini, sudah tentu awda boleh berkata seperti itu. Bagaimanapun, kalau awda terlalu tenang ia akan memakan diri. Kami harus terus berusaha agar dapat muncul juara secepat mungkin,” kata Carlo Ancelotti. Real jelas kelihatan mempunyai kelebihan dalam perlawanan berkenaan yang sekali-sekala berlaku keadaan tegang. Bagaimanapun, ia dijinakkan dengan aksi dominasi pasukan tuan rumah di Santiago Bernabeu.

“Perlumbaan memburu juara liga masih lagi terbuka. Banyak lagi baki perlawanan. Real yang mempunyai kelebihan mata yang besar itu sangat tepat namun saingan La Liga sukar diramal,” kata Diego Simeone. – AFP

Aksi Karim Benzema semasa membawa bola dalam perlawanan Real Madrid menentang Atletico Madrid di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol pada 12 Disember. – AP