Atletico kejutkan Juve

MADRID, 21 Feb – Misi Liga Juara-Juara Cristiano Ronaldo bersama Juventus terjejas ketika Atletico Madrid mencatatkan kemenangan 2-0 dari perlawanan pertama yang diadakan di Wanda Metropolitan, awal pagi tadi.

Ronaldo kembali ke ibu negara Sepanyol, di mana dia menikmati kejayaan bersama Real Madrid, namun sebaliknya lawannya itu meraikan kemenangan hasil jaringan

Jose Gimenez dan Diego Godin yang meletakkan Atletico semakin hampir ke suku akhir.

Ini adalah kemenangan yang layak diterima pasukan kendalian Diego Simeone.

Antoine Griezmann menggegarkan palang ketika mana Video Bantuan Pengadil (VAR) dua kali digunakan, tepat, memihak Juventus, membatalkan sepakan penalti separuh masa pertama kerana kekasaran ke atas Diego Costa dan kemudian membatalkan tandukan Alvaro Morata sejurus sebelum Gimenez menjaringkan gol.

Gimenez (kanan) meraikan jaringannya di hadapan penyokong Atletico ketika menentang Juventus di Wanda Metropolitan. – AFP

Juve sudah pasti belum tewas, terutamanya Costa dan Thomas Partey masing-masing akan digantung bagi perlawanan timbal balik di Turin selepas kedua-duanya dilayangkan kad kuning.

Tetapi kegagalan untuk menjaringkan gol di gelanggang luar dan kekurangan jelas mereka bagi separuh masa kedua, tidak membawa harapan mereka untuk kembali.

Kekalahan pada pusingan 16 terakhir bagi setiap pasukan adalah sukar dibayangkan, terutama buat Atletico, yang tahu perlawanan akhir akan diadakan di stadium mereka pada 1 Jun depan, peluang sempurna untuk merampas trofi dari Real di bandar yang mereka kongsi.

Dan bagi Juventus, yang memburu hadiah utama Eropah yang kini memasuki tahun ke-23, apabila harapan adalah tinggi daripada sebelumnya dengan menyatakan mereka sekarang bermegah dengan memiliki pemain paling prolifik dalam perlawanan itu.

Ronaldo, yang melalui malam mengecewakan, tenggelam pada awalnya ketika dia diawasi ketat oleh Godin dan kemudian dikawal ketat oleh Juanfran di bahagian kiri.

Sumbangan terbaiknya adalah pada awal perlawanan, menerusi sepakan bebas dari 30 ela yang terpaksa ditolak keluar oleh Jan Oblak. – AFP