MADRID, 12 MEI – Atletico Madrid mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara kelmarin apabila kemenangan 2-0 di tempat lawan di Elche menjamin tempat mereka dalam kelompok empat teratas La Liga.
Matheus Cunha dan Rodrigo De Paul kedua-duanya menjaringkan gol ketika Atletico mendahului enam mata di depan Real Betis di tempat kelima, dengan berbaki dua perlawanan. Atletico juga mempunyai rekod saingan yang unggul berbanding Betis.
Atletico kini menduduki tempat ketiga walaupun usaha mempertahankan kejuaraan liga mereka sangat mengecewakan apabila ketinggalan 14 mata di belakang Real Madrid.
Pasukan Diego Simeone sekurang-kurangnya berjaya mengelak daripada terlepas Liga Juara-Juara, yang untuk seketika kelihatan mungkin dicapai.
Pada bulan Disember lalu, Atletico tewas empat perlawanan liga berturut-turut buat kali pertama di bawah Simeone, sebelum dikalahkan oleh Levante, yang menduduki tangga tercorot, justeru mencetuskan perbincangan krisis antara jurulatih dan pemain pada Februari lalu.
Tetapi lima kemenangan berturut-turut pada bulan Mac ini terbukti penting dan sementara terdapat satu lagi penurunan prestasi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Atletico tetap melakukan yang terbaik untuk mengesahkan kelayakan Liga Juara-Juara untuk tahun ke-10 berturut-turut. – AFP