Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atletico Madrid benam Sevilla

    MADRID, 26 Feb – Penyerang dari Perancis, Antoine Griezmann menghasilkan hatrik ketika membantu Atletico Madrid menumpaskan Sevilla 5-2 sekali gus semalam mengurangkan jurang mata dengan pendahulu La Liga Barcelona kepada tujuh mata.

    Keputusan itu juga memberi rangsangan kepada Manchester United yang akan bertemu dengan Sevilla dalam saingan kedua kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara bulan depan selepas perlawanan pertama kedua-dua pasukan mencatatkan seri tanpa sebarang jaringan.

    “Saya gembira dengan kerjasama pasukan, akan tetapi kurang gembira mengakui dua jaringan gol,” kata Griezmann.

    “Ia bagus buat kami yang mempunyai beberapa orang penyerang yang berhasil menjaringkan gol, apa yang penting ialah jurang tiga mata.”

    Bekas bintang Chelsea, Diego Costa membuka jaringan sebelum tamat perlawanan separuh masa pertama selepas berjaya memperdaya benteng Sevilla.

    TANDANG KE SANA! Griezmann ketika perlawanan yang menyaksikan pertemuan Atletico Madrid dengan Sevilla FC di Seville, Sepanyol, kelmarin. – AFP

    Penjaga gol, Sergio Rico cuba membuat hantaran kepada Ever Banega di luar petak penalti tetapi kesilapannya dapat dihidu oleh Costa yang kemudian menghantar bola melepasi penjaga gol itu.

    Walau bagaimanapun, rakan sepasukannya dan Costa cuba merampas bola dari pemain Argentina itu sebelum berjaya mengaburkan peluang kemenangan mereka.

    Sevilla telah meraih banyak peluang jaringan dengan menyaksikan penyerang dari Colombia, Luis Muriel beberapa kali mencuba namun berjaya dihalang oleh penjaga gol Atletico, Jan Oblak.

    Tiga minit sebelum masa rehat, Griezmann menjaringkan gol pertamanya selepas berjaya melepasi tiga pertahanan pihak lawan.

    Kemudian, bermula pada separuh masa kedua perlawanan, Griezmann menambah jaringan untuk mendahului 3-0, selepas berhasil menyempurnakan penalti pertama La Liga selepas Costa dijatuhkan oleh Rico. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda