Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Atletico Madrid tandatangani Reinildo

    MADRID, 1 FEB – Atletico Madrid mengumumkan mereka menandatangani pemain pertahanan Mozambique, Reinildo Mandava dari Lille kelmarin.

    Reinildo telah menandatangani kontrak sehingga 2025 dan akan mengukuhkan harapan Atletico untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik La Liga musim ini.

    Atletico telah membayar Lille sekitar AS$3.37 juta, menurut laporan akhbar Sepanyol.

    Terutamanya sebagai pemain pertahanan kiri, pemain berusia 28 tahun itu akan memberikan saingan untuk Renan Lodi di bahagian itu ketika Diego Simeone cuba untuk mengetatkan pertahanannya.

    Atletico kelihatan gelabah di belakang musim ini, yang menyebabkan mereka ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Real Madrid dalam carta liga.

    Kenyataan kelab menggambarkan Reinildo sebagai “pemain yang sangat kuat dari segi fizikal” yang “pertahanan sangat sukar untuk diatasi dan sangat kuat dalam situasi satu lawan satu.”

    “Selain itu, keadaan fizikalnya yang baik membolehkan dia menutup seluruh sayap kiri dan menyertai serangan,” tambah kelab itu.

    Reinildo telah dinamakan dalam pasukan Ligue 1 tahun lalu dan bermain kesemua enam perlawanan untuk Lille dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...