Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Atletico Madrid tempah saingan kalah mati Liga Juara-Juara

-

PORTO, PORTUGAL, 8 DIS – Atletico Madrid merebut kedudukan di kelompok 16 pasukan terakhir di Liga Juara-Juara selepas Antoine Griezmann menjaringkan satu gol dan memainkan peranan penting di kedua yang lainnya apabila pasukan Sepanyol mengalahkan Porto 3-1.

Kemenangan di Porto dan kekalahan AC Milan 2-1 kepada Liverpool yang telah mara di San Siro sudah cukup untuk membawa Diego Simeone ke tempat kedua di kumpulan B walaupun bermula dari bawah.

Yannick Carrasco merumitkan keadaan buat Atletico apabila dibuang padang disebabkan menyerang Otavio.

Tiga minit kemudian, apabila Porto diberikan kad merah selepas pengadil Perancis Clement Turpin memutuskan dia telah menyerang pemain Atletico itu.

Porto mempunyai dua peluang keemasan untuk menjaringkan, tetapi Mehdi Taremi mensia-siakan peluang. Pertama, percubaannya diselamatkan oleh Jan Oblak di separuh masa pertama dan percubaannya tersasar di separuh masa kedua.

Selepas separuh masa pertama yang membosankan, kesemua gol tercipta di separuh masa kedua.

Dengan corak permainan yang berubah, Atletico mengejar di minit ke-56 perlawanan apabila Griezmann dibiarkan oleh Otavia meninggalkannya dari sudut barisan belakang.

Selepas dua kad merah telah dikeluarkan, Griezmann mencipta jaringan kedua dengan menarik dua orang pemain pertahanan Porto ke sudut sebelum menghantar bole ke Angel Correa melepasi penjaga gol Diogo Costa.

Griezmann terlibat sekali lagi apabila Porto naik menyerang, dan percubaan penyerang Perancis itu tersasar namun Rodrigo De Paul tidak membuat kesilapan dua minit sebelum perlawanan tamat.

Sergio Oliveira berjaya menjaringkan gol saguhati melalui sepakan penalti untuk pasukan Porto pada minit keenam masa kecederaan. – AFP

Reaksi jurulatih Atletico Madrid Diego Simeone semasa Liga Juara-Juara kumpulan B di antara FC Porto dan Atletico Madrid di Stadium Dragao, 7 Disember 2021. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -