Atletico Madrid tersingkir Copa del Rey

MADRID, 24 JAN – Atletico Madrid tersingkir daripada kejohanan Copa del Rey pada perlawanan kelmarin dengan kekalahan 2-1 dalam masa tambahan menentang divisyen ketiga liga Cultural Leonesa.

Atletico yang berada di tangga ketiga di La Liga berharap memberi tumpuan yang cukup untuk pertembungan Liga Juara-Juara pada bulan depan yang akan berdepan dengan juara musim lepas Liverpool.

Atletico antara pasukan daripada empat pasukan teratas liga yang telah tersingkir dari kejohanan pada peringkat 32 kalah mati.

Angel Correa penyerang berbangsa Argentina berjaya menjaringkan gol dan meletakkan mereka di depan pada minit ke-62 sebelum Leonesa menyamakan jaringan tujuh minit sebelum berakhir babak kedua perlawanan menerusi Julen Castaeda.

Sergio Benito kemudian menjaringkan gol kemenangan untuk tuan rumah di babak ke-dua masa tambahan.

Kekalahan ini merupakan permulaan yang hambar bagi pasukan Atletico yang dikendalikan Diego Simeone apabila mereka tewas dalam Piala Super Sepanyol menentang Real Madrid dan kekalahan 2-0 di Eibar pada perlawanan La Liga hujung minggu lalu.

“Tanggungjawab saya sendiri,” jelas Simeone.

“Mereka layak mendapat kemenangan, kami tidak mempunyai kekuatan.” Juga turut tersingkir dari kejohanan Copa del Rey pada hari Kamis ialah Eibar, Real Betis dan Celta Vigo. – AFP

Reaksi pemain Leonesa ketika meraikan jaringan gol kemenangan di perlawanan Copa del Rey semasa menentang Atletico Madrid di Stadium Reino De Leon pada 23 Januari. – AFP