ROM, 12 Sept – Roma akan menjadi hos kepada Atletico Madrid esok dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara yang mana jurulatih dari Itali, Eusebio Fi Francesco percaya adalah penting terhadap harapan mereka.
Dalam Kumpulan C, ia juga melibatkan juara Liga Perdana, Chelsea, kedua-dua pasukan perlu menang di Stadio Olimpico.
Di Francesco menegaskan Roma boleh menyaingi teknik dan taktik Sepanyol, pasukan tangga kedua pada 2014 dan 2016 di belakang Real Madrid.
“Skuad kendalian (Diego) Simeone memiliki ideniti yang jelas,” kata Di Francesco. “Mungkin kurang menyerlah, tetapi memiliki taktik dan mereka selalu tahu apa peranan mereka.
“Mereka mara ke dua persaingan akhir Liga Juara-Juara dan anda tidak melakukannya secara kebetulan. Mereka memiliki mental yang kuat dan kualiti fizikal.”


“Bagi kami untuk bersaing bersama mereka kami perlu juga keluar dengan karakter yang sama dengan idea permainan kami,” tambah jurulatih dari Roma.
“Ia adalah perlawanan penting, salah satu yang terhebat dalam kehidupan pemain bola sepak. Kami memiliki kualiti untuk menjejaskan Atletico.”
Kunjungan Atletico ke ibu negara Itali itu adalah yang pertama sejak 1999 dalam persaingan suku akhir Piala UEFA apabila mereka bangkit dari belakang untuk menewaskan Roma 2-1.
“Kami berada dalam kumpulan yang seimbang di mana semua pasukan boleh mara,” kata Simeone dengan Chelsea memulakan perlawanan menentang pendatang baru dari Azerbaijan, Qarabag.
“Chelsea, Roma dan kami sendiri bermula dengan pilihan yang sama. Saya memulakan hari ini dan esok untuk memulakan peringkat kumpulan sukar dan menarik.
Atletico tiba di Rome dengan kesukaran bermula dalam La Liga, di mana mereka berada di tangga keenam selepas satu kemenangan dan dua seri. – AFP