Atletico runsing dibelenggu kecederaan

MADRID, 4 FEB – Penyerang Atletico Madrid, Alvaro Morata berkemungkinan terlepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang Liverpool kerana kecederaan otot kaki kanan yang dialaminya baru-baru ini.

Pakar perubatan kelab mendedahkan kecederaan pada perlawanan Isnin lalu, dua hari selepas Morata cedera dalam kekalahan 1-0 menentang Real Madrid dalam liga Sepanyol dan terpaksa dikeluarkan pada babak kedua perlawanan.

Atletico tidak menyatakan berapa lama Morata dijangka akan diketepikan. Mereka akan menjadi tuan rumah bertemu Liverpool pada 18 Februari di pusingan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Pertandingan kedua akan berlangsung pada 3 Mac di Anfield, England.

Jurulatih Atletico Diego Simeone juga tidak boleh bergantung kepada Diego Costa dan Joao Felix kerana kecederaan mereka. – AP