MADRID, 13 MEI – Atletico Madrid berjaya menewaskan Real Sociedad 2-1 kelmarin dan semakin hampir memenangi La Liga.
Yannick Carrasco dan Angel Correa mempamerkan aksi dominan pada separuh masa pertama buat Atletico, yang kembali bertahan pada separuh masa kedua dan terpaksa bertahan selepas Igor Zubeldia membuat penyudah kencang buat La Real dengan perlawanan berbaki tujuh minit.
Apabila wisel penamat dibunyikan, Diego Simeone berlari masuk ke terowong di Wanda Metropolitano, kelihatan gembira ketika menuju ke dalam, menyedari betapa penting kemenangan tersebut.
Di luar stadium, peminat Atletico berkumpul untuk memberi sokongan dan menyanyi sepanjang perlawanan dan apabila kemenangan disahkan, bunga api memenuhi ruang langit.
Kemenangan tersebut meletakkan pasukan mereka empat mata selesa di hadapan Barcelona dan lima mata dipisahkan Real Madrid, dengan pasukan Zinedine Zidane akan bermain menentang Granada pada Khamis.
Ia juga meningkatkan kemungkinan kemenangan Atletico menjuarai piala dengan pusingan kedua terakhir pada Ahad apabila mereka bermain di stadium sendiri bertemu Osasuna.
Satu lagi kemenangan pada hujung minggu akan menyingkirkan Barca keluar dari persaingan tidak kira sama ada keputusan kelab Catalan menentang Celta Vigo sementara Real Madrid juga akan ketinggalan jika mereka tidak memungut enam mata dari Granada dan Athletic Bilbao pada Ahad. – AFP
