Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atletico, Valencia mara ke suku akhir

    MADRID, 10 Jan – Atletico Madrid menempah tiket peringkat suku akhir Copa del Rey semalam selepas menewaskan kelab divisyen tiga Lleida sementara pemain baru Luciano Vietto mencipta hatrik sekali gus menewaskan Las Palmas.

    Beraksi di hadapan penonton yang ramai di Wanda Metropolitano, Atletico terpaksa menunggu sehingga minit ke-57 untuk menerjah gawang dan merancakkan lagi jaringan 4-0 dalam perlawanan pertama apabila Yannock Carrasco menerima hantaran dari Diego Costa dan menerjah gawang untuk jaringan pembukaan.

    Kevin Gameiro menggandakan jaringan 17 minit kemudian selepas membuat larian kemas ke arah kotak penalti menerusi hantaran dari Angel Correa dan Vitolo melengkapkan malam Atletico Madrid tiga minit sebelum tamat perlawanan sekali gus menjaringkan gol peribadi dan menjadikan kemenangan agregat 7-0.

    Sementara itu, penyerang Argentina, Vietto mengakhiri kemarau gol dengan bergaya kurang seminggu selepas tiba di Valencia dari Atletico di mana Las Palmas dibelasah 4-0.

    Susulan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama, Vietto membantu Valencia berada di depan di Mestalla dengan gol pertama sejak Disember 2016.

    Pemain berusia 24 tahun itu yang diketepikan di Atletico selepas ketibaan Costa dari Chelsea, sekali lagi menerjah gawang selepas separuh masa pertama sebelum Nemanja Maksimovic menjaringkan gol ketiga.

    Vietto melengkap jaringan Valencia dan menjadikan agregat 5-1 dalam separuh masa kedua menerusi rembatan jarak jauh selepas menyaksikan penjaga gol Las Palmas Raul Lizoain jauh dari tempat gawang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda