Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ATM, PDRM & Jabatan Pendidikan anjur Kem Remaja Berwawasan

    KOTA KINABALU, 18 April – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Sabah menganjurkan Kem Remaja Berwawasan peringkat negeri Sabah bagi membina jati diri dan nilai terpuji dalam kalangan pelajar.

    Program yang dilaksanakan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kampung Kouluan, Tuaran itu disertai kira-kira 200 pelajar daripada 10 sekolah sekitar daerah Papar, Penampang, Tuaran dan Kota Kinabalu.

    Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah hari ini, program lima hari yang bermula sejak semalam itu dirasmikan hari ini oleh Panglima 13 Briged Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Brig Jen Muhammad Anwar Abdullah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda