Atome Lantik ASTRO sebagai duta

Kumpulan K-Pop popular, ASTRO telah dilantik sebagai duta jenama global terkemuka, Atome.

ASTRO yang ditubuhkan pada tahun 2016, dianggotai MJ, JinJin, Cha Eun-Woo, Moon Bin, Rocky dan Yoon San-Ha, akan menjadi wajah utama kempen membeli-belah musim cuti Atome, #OwnTheExtraordinary sehingga akhir tahun ini.

Kempen serantau itu akan meliputi program 360 darjah dengan pelbagai cabaran interaktif, aktiviti dan promosi dalam talian dan luar talian sepanjang tempoh empat bulan.

Menurut agensi pengurusan ASTRO, Fantagio, pihaknya teruja apabila Atome memilih kumpulan itu sebagai duta jenama itu.

“ASTRO merupakan kumpulan yang sentiasa berusaha dalam memberi inspirasi, berhubung dan berkembang bersama peminat mereka menerusi muzik serta sesuai dengan hala tuju mereka.

“Kami berharap kerjasama ini dapat memberi inspirasi dan impak positif kepada jutaan peminat kami di seluruh Asia,” ujarnya. – Agensi

Kumpulan K-Pop popular, ASTRO telah dilantik sebagai duta jenama global terkemuka, Atome. – Agensi