Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Atsu ditemui hidup dalam runtuhan gempa di Turkiye

    ACCRA, 7 FEB – Pemain kebangsaan Ghana dan bekas pemain tengah Newcastle, Christian Atsu ditemui terselamat di runtuhan akibat gempa bumi yang mengorbankan lebih 4,800 orang di Turki dan negara jiran Syria, kata duta Ghana ke Turki hari ini.

    Atsu, 31, menyertai pasukan Super Lig Turki, Hatayspor pada September, berpangkalan di wilayah selatan Hatay berhampiran pusat gempa besar semalam.

    “Saya mendapat berita baik. Saya hanya mendapat maklumat daripada presiden persatuan Ghana bahawa Christian Atsu telah ditemui di Hatay,” kata Francisca Ashietey-Odunton kepada Asaase Radio yang berpangkalan di Accra, merujuk kepada persatuan komuniti tempatan Ghana.

    Kenyataan tidak memberikan butiran lanjut mengenai keadaannya. – AFP

    Gambar Fail bertarikh 12 Januari 2019 menunjukkan aksi pemain Chelsea, Pedro (kiri) dan pemain Newcastle United, Christian Atsu semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Newcastle United di stadium Stamford Bridge di London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...