AT&T mahu cabar Netflix

WASHINGTON, 11 Okt – AT&T milik WarnerMedia berkata semalam bahawa ia akan melancarkan perkhidmatan streaming secara langsung kepada pengguna lewat tahun 2019 dan bakal menjadi pencabar terbaharu kepada Netflix dan Amazon.

Syarikat gergasi telekom Amerika Syarikat (AS) itu, yang baru-baru ini memperoleh konglomerat media-hiburan dengan Time Warner, berkata perkhidmatan baharu itu akan dilancarkan pada suku keempat 2019.

Pengumuman itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai pelan tersebut, namun John Stankey, yang mengetuai bahagian baharu yang dilancarkan oleh AT&T, berkata, “Kami komited untuk melancarkan produk yang menarik dan berdaya saing”.

Dengan pengambilalihan Time Warner, AT & T akan mempunyai akses kepada sejumlah besar filem, siri-siri drama, dokumentari dan kartun dari studio Warner Bros, Turner Broadcasting dan HBO, yang sudah mempunyai perkhidmatan penstriman sendiri.

“Kami menjangkakan untuk melancarkan produk menarik ini yang akan membantu pengedar meningkatkan penembusan pengguna pakej semasa dan membantu kami mencapai kejayaan untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan,” kata Stankey.

Langkah itu dibuat ketika syarikat gergasi media Disney bersiap sedia untuk melancarkan perkhidmatan penstriman sendiri bagi kandungan am selepas kemunculan perkhidmatan sukan ESPN.

Pencabar lain untuk menentang pemimpin pasaran penstriman Netflix ialah Hulu dan Amazon yang akan dikhidmatkan oleh Apple, Facebook dan YouTube yang memberikan kandungan melalui Internet. – AFP