WASHINGTON, 3 JAN – Verizon dan AT&T telah menolak permintaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan pelancaran teknologi wayarles generasi akan datang.
Surat bersama kelmarin daripada syarikat gergasi telekomunikasi kepada Setiausaha Pengangkutan AS, Pete Buttigieg dan Ketua Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Steve Dickson berusaha untuk menolak kebimbangan yang dibawa oleh syarikat penerbangan AS bahawa perkhidmatan wayarles 5G baharu boleh menjejaskan penerbangan.
Namun Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Verizon, Hans Vestberg dan Ketua Pegawai Eksekutif AT&T, John Stankey, juga menulis bahawa mereka bersedia menerima beberapa langkah sementara dalam tempoh enam bulan akan datang untuk mengehadkan perkhidmatan di sekitar landasan lapangan terbang tertentu.
Syarikat penerbangan telah meminta Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan untuk menangguhkan pelancaran 5G yang dijadualkan minggu ini, berkata perkhidmatan tersebut, yang akan dilancarkan pada Rabu, boleh mengganggu elektronik yang mana juruterbang bergantung terhadapnya.
Airlines for America, kumpulan perdagangan untuk penumpang dan pembawa kargo besar AS, berkata dalam pemfailan kecemasan bahawa FCC telah gagal mempertimbangkan dengan secukupnya tentang bahaya yang boleh timbul disebabkan oleh perkhidmatan 5G kepada industri. Kumpulan tersebut inginkan lebih banyak masa untuk FCC dan FAA, yang mengawal selia syarikat penerbangan, untuk menyelesaikan isu mengenai keselamatan penerbangan. Hal itu berkaitan dengan jenis perkhidmatan 5G yang bergantung pada sebahagian daripada spektrum radio yang dipanggil C-Band, yang mana pembawa wayarles membelanjakan berbilion dolar untuk membeli pada tahun lalu.
Memihak sebahagiannya dengan syarikat penerbangan, Buttigieg dan Dickson menulis surat kepada ketua pegawai eksekutif AT&T dan Verizon untuk mencadangkan penangguhan dalam mengaktifkan perkhidmatan C-Band 5G berhampiran bilangan ‘lapangan terbang keutamaan’ yang tidak ditentukan sementara FAA mengkaji potensi gangguan terhadap operasi pesawat.
AT&T dan Verizon sebelum ini bersetuju dengan penangguhan selama sebulan dalam 5G, yang memberikan kelajuan lebih pantas apabila peranti mudah alih bersambung ke rangkaian mereka dan membolehkan pengguna menyambungkan banyak peranti ke Internet tanpa memperlahankannya. Tetapi eksekutif telekomunikasi berkata hari ini bahawa kelewatan lanjut yang diminta oleh kerajaan akan membahayakan pelanggan mereka.
“Persetujuan dengan cadangan awda bukan sahaja akan menjadi pemintasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak wajar terhadap proses yang sewajarnya serta semak dan imbang yang dibuat dengan teliti dalam struktur demokrasi kita, tetapi penyingkiran kawalan operasi yang tidak bertanggungjawab yang diperlukan untuk menggunakan rangkaian komunikasi bertaraf dunia dan berdaya saing global. Hal itu sama pentingnya dengan daya hidup ekonomi negara kita, keselamatan awam dan kepentingan negara seperti industri penerbangan,” menurut eksekutif-eksekutif tersebut. – AP