Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Atta didakwa tempah satu tingkat bangunan hospital

    Bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama, Youtuber terkenal Atta Halilintar dikhabarkan sudah menempah satu tingkat bangunan hospital untuk menempatkan kehadiran ahli keluarga yang lain.

    Menjawab dakwaan tersebut, suami kepada Aurel Hermansyah ini terkejut cerita tersebut diperkatakan. Bagaimanapun Atta akui sudah menempah beberapa bilik untuk keluarga besarnya.

    “Saya sendiri bingung. Dari mana cerita saya menempah satu tingkat hospital?

    “Dalam setiap bilik ada peraturan dan jarak yang perlu dijaga. Jadi saya ambil beberapa bilik lagi untuk keluarga The Hermansyah, The Lemos, keluarga Halilintar dan The Atta.

    “Akibat COVID-19 sekarang ini, satu bilik hanya boleh menempatkan beberapa orang sahaja. Kalau saya hanya mengundang satu keluarga sahaja pasti yang lain akan bercakap, jadi saya bawa semuanya.

    “Bukan untuk menunjuk-nunjuk, saya hanya ikut peraturan kerajaan,” ujar Atta.

    Menantu kepada penyanyi dan komposer Anang Hermansyah ini turut memberitahu segala persiapan lain sudah siap dilakukan.

    “Persiapan bilik, baju-baju anak damit dan tempahan hospital semua sudah siap. Kami juga mendapatkan khidmat doktor yang terbaik,” jelasnya. – Agensi

    Atta Halilintar dikhabarkan sudah menempah satu tingkat bangunan hospital untuk menempatkan kehadiran ahli keluarga yang lain. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...