Pasangan selebriti popular Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka pada hari ini.
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Atta dengan memuat gambar tangan anak damit baru lahir yang digelar ‘Baby A’ itu.
“Tarikh 22.2.2022. Malaikat hidupku,” tulis Atta.
Kelmarin, Atta berkongsi proses dia menemani Aurel ke sebuah pusat perubatan sebelum mengumumkan kelahiran anak damit mereka.
Kisah perjalanan kehamilan Aurel sering mendapat bualan ramai.
Minggu lalu, bapa Atta dikecam warganet apabila meminta menantunya itu menjalani proses kelahiran secara normal.
Selain itu kisah Atta menempah beberapa buah bilik di pusat perubatan tersebut bagi menempatkan ahli keluarga juga menjadi bualan ramai.
Atta dan Aurel bernikah pada 4 April 2021 di Hotel Raffles, Jakarta.
Aurel pernah mengalami keguguran sekitar Mei tahun lalu. – Agensi