Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Atta Halilintar beli lembu 1,000kg untuk ibadah korban

    Selepas tiga tahun tidak dapat meraikan Hari Raya Aidiladha disebabkan wabak, YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar sudah pun membuat pelbagai persiapan.

    Menerusi video yang dikongsi di saluran YouTube miliknya, Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 28, membeli seekor lembu jenis megalodon untuk dijadikan korban. Atta dalam video itu menjelaskan sudah menjadi niatnya untuk membeli lembu bersaiz besar dan megalodon adalah yang terbaik.

    “Ketika bukan sahaja mahu kenderaan yang bagus di dunia tetapi mahu sediakan pengangkutan lebih bagus di syurga kelak,” katanya.

    Lembu jenis megalodon itu mempunyai berat 1,194 kilogram dan menurut penternaknya, ia adalah sejenis lembu yang mempunyai daging yang padat. Apa yang lebih menyentuh perasaan, Atta turut melakukan akad pembelian dengan penjual kerana tahu lembu itu merupakan haiwan kesayangannya.

    “Lembu ini sangat bermakna buat tuan kerana ia merupakan haiwan kesayangan tuan.

    Bismillah, kita akad pembelian megalodon ini,” katanya. Menerusi hantaran di akaun Instagram, Atta turut meminta pendapat pengikutnya untuk memberikan nama sesuai untuk lembu tersebut.

    “Tolong cadangkan nama kepada lembu raksasa ini, semoga ia menjadi kenderaan di akhirat nanti,” tulis suami Aurel Hermensyah itu. – Agensi

    Atta dedahkan bahawa memang niatnya untuk membeli lembu bersaiz besar dan megalodon adalah yang terbaik untuk ibadah korban.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...