Atta pilih tarikh nikah 31 Disember

YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar mengumumkan tarikh 31 Disember untuk melangsungkan majlis pernikahan dengan kekasihnya, Aurel Hermansyah yang juga puteri sulung Anang Hermansyah dan Krisdayanti.

Menurut petikan dari laman MyMetro, Atta berkongsi tarikh itu ketika hadir sebagai tetamu jemputan pada program bual bicara, Brownis yang diacarakan oleh Ruben Onsu, Ivan Gunawan, Ayu Ting Ting dan Wendi Cagur, baru-baru ini.

“Saya suka tarikh 31 Disember sebab satu dunia akan meraikannya (tahun baharu),” katanya.

Tambah Atta yang memiliki jumlah subscriber paling ramai di Asia itu lagi, dia ingin cepat-cepat menamatkan zaman bujangnya.

“Kalau boleh, saya nak kahwin secepat mungkin. Tapi, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda, mungkin akan mengambil masa yang lebih lama,” katanya.

Tambah Atta, kunci utama dalam sesebuah hubungan adalah dengan mendapatkan restu orang tua kedua-dua belah pihak.

Atta juga sudah bertemu dengan kedua ibu bapa Aurel di pihak Anang dan Ashanty dan Krisdayanti serta suaminya.

Pada 10 Julai lalu, Atta melamar Aurel selepas tujuh bulan berkenalan dan mula rapat apabila sering berkolaborasi menghasilkan kandungan video untuk saluran YouTube. – Agensi

Atta mahu nikahi Aurel secepat mungkin. – Agensi