Atta serik majlis nikah jadi kontroversi

Majlis pernikahan pasangan Indonesia Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah pada 3 April lalu menjadi kontroversi disebabkan disiarkan secara langsung menerusi stesen TV swasta.

Serik dengan apa yang berlaku, Atta yang juga seorang YouTuber terkenal memberitahu dia dan isterinya merancang untuk mengadakan majlis resepsi mereka di Turki atau Dubai.

“Belum ada kepastian lagi sama ada di Turki atau tidak. Tapi kalau bukan di Turki, mungkin di Dubai atau negara-negara yang sudah boleh masuk… seperti Singapura atau Malaysia.

“Kalau di Indonesia, takut nanti jadi kecoh macam majlis sebelum ini. Kami pun nak buat keputusan untuk menjemput tak ramai orang untuk majlis seterusnya,” kata Atta.

Anak perempuan penyanyi Kris Dayanti, Aurel Hermansyah selamat bergelar isteri kepada Atta pada 3 April lalu di Hotel Raffles, Jakarta.

Majlis pernikahan Aurel, 23, dan Atta, 27, disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan, RCTI. – Agensi

Serik majlis pernikahan menjadi kontroversi.Atta memberitahu dia dan isterinya merancang untuk mengadakan majlis resepsi mereka di Turki atau Dubai. – Agensi