Attrage facelift dilancarkan

Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Mitsubishi Attrage facelift terbaharu yang menawarkan sambungan pintar dan kemudahan hiburan dengan Multimedia 9 inci yang menyokong radio penala AM/FM, pemain MP3 dengan port USB, peta Google GPS, YouTube dan keserasian Android, telah muncul secara rasminya di pasaran Brunei dengan majlis pelancarannya di Bilik Pameran Mitsubishi, GHK Motors Sdn Bhd, Beribi, hari ini.

Hadir bagi melancarkan kereta tersebut ialah Pengarah Urusan GHK Motors, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

Turut hadir bagi sama-sama menyempurnakan pelancaran ialah pengarah-pengarah GHK Motors, Jake Goh dan Pengiran Halaluddin bin PM Dato Shariffuddin; Pengurus Besar Jualan Bahagian Mitsubishi, Au Thien Kiong; Eksekutif Pemasaran, Ahmad Fa’ezul Imtiaz Adam; dan Pemasaran Digital, Eddy Muqri.

Turut dijemput bagi merasmikan kereta tersebut ialah wakil dari Baiduri Finance iaitu Pengarah Urusan, Haji Haliluddin bin Dato Haji Talib; Pengurus Kanan Jualan, Haji Muhammad Ali bin Haji Metusin; Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Mohd Daud dan Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Bahagian Pentadbiran, Grace Lim Hui Hoon serta Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Berhad, Zulfadhli Yusof.

Pelancaran awal Mitsubishi Attrage facelift terbaharu itu juga dapat disaksikan secara Livestream di platform Facebook Live GHK dengan SOP COVID-19 yang dipraktikkan sepanjang acara termasuk mempraktikkan penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan dan pengimbasan daftar kod QR BruHealth semasa masuk ke bilik pameran.

Bahagian depan facelift terbaharu itu menampilkan versi terbaharu jenama dagang Mitsubishi Motors Corporation Dynamic Shield dengan reka bentuk geometri, yang menggambarkan keseimbangan antara dinamisme dan kuasa serta menawarkan perlindu-ngan yang lebih besar bagi penumpang, pejalan kaki, dan kenderaan itu sendiri.

Di bahagian belakang, Attrage diberikan penampilan yang lebih luas dan stabil dengan bentuk squarish untuk bampar sudut dan dengan lampu kombinasi mendatar L-signature yang berdiri tegak dari sudut bampar.

Attrage tersebut kini tersedia untuk dilihat di bilik pameran GHK.

Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin bersama pihak pugurusan GHK, Baiduri Finance dan BIBD At-Tamwil ketika melancarkan Mitsubishi Attrage facelift terbaharu.
Mitsubishi Attrage facelift terbaharu yang kini boleh disaksikan di bilik pameran GHK.