Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Atur strategi dalam harungi konspirasi mencabar

ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

 

DIADAPTASI dari novel Point of Impact karya Stephen Hunter dan diinspirasikan dari sebuah filem yang ditayangkan pada tahun 2008, Shooter merupakan sebuah siri drama aksi yang berjaya mengumpulkan peminat dan pengikutnya yang tersendiri pada tahun lalu sebagaimana yang dialami oleh siri Mr Robot.

Kini, Ryan Phillippe kembali beraksi sebagai seorang pakar penembak terkemuka bernama Bob Lee Swagger dalam musim terbaru siri ini.

Kisah dalam musim terbaru ini menumpukan kepada aspek Bob Lee Swagger yang terperangkap dalam percubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat sehingga memaksa keluarganya terpaksa berpindah ke Texas untuk memulakan kehidupan baru yang lebih selesa.

Setelah sekian lama, Bob Lee telah menerima satu jemputan ke Jerman untuk memberikan penghormatan kepada rakan tenteranya.

Namun ternyata malang tidak berbau apabila keluarga yang ditinggalkannya telah diserang sekaligus memaksa beliau untuk bertindak bagi menyelamatkan keluarganya.

Ryan Phillippe kembali beraksi  sebagai Bob Lee Swagger dalam Shooter musim terbaru.
Ryan Phillippe kembali beraksi sebagai Bob Lee Swagger dalam Shooter musim terbaru.

Ternyata aksi yang ditampilkan dalam musim terbaru siri ini dikatakan cukup hebat dan mendebarkan.

Pada musim lalu, aksi utama yang ditampilkan adalah persengketaan di antara seorang lelaki dengan pihak kerajaan namun kini Bob Lee turut ditemankan oleh beberapa orang rakannya dalam bertindak untuk menyempurnakan misinya.

Bagaimanapun ternyata bukan mudah bagi Bob Lee untuk mengharungi setiap cabaran yang juga turut diselitkan dengan konspirasi.

Secara keseluruhan, musim kedua siri drama Shooter ini setentunya akan menampilkan aksi yang lebih mencabar dan sekali gus membawa para penonton bersama berfikir dalam setiap misi yang diselesaikan oleh Bob Lee dan sekiranya para penonton ingin melihat kehebatannya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Shooter sehingga penghujungnya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -