Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atur strategi, tumpaskan kes jenayah

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    DALAM buku keempat siri Mercy Kilpatrick karya Kendra Elliot yang berjudul A Merciful Silence ini, Ejen FBI Mercy Kilpatrick harus menyelesaikan sebuah misteri pembunuhan besar-besaran dan rahsia-rahsia daripada saksi bisunya.

    Bagi Marcy, pulang ke pedalaman Oregon bererti menerima kembali asal usulnya. Dibesarkan sebagai seorang yang sentiasa siap sedia bagi semua kemungkinan bencana, Mercy harus bergantung pada naluri survivalnya demi mempertahankan kampung halamannya daripada orang-orang yang terlepas daripada undang-undang.

    Walau bagaimanapun, kali ini sebuah penyiasatan kes yang mengingatkannya kepada sejarah kelamnya dan ketua polis Truman Daly datang bertandang.

    Ribut kuat yang melanda telah mendedahkan lima mayat, mengingatkan kembali kepada kes pembunuhan terkenal dua keluarga 20 tahun yang lalu. Akan tetapi, pembunuhnya kini berada di sebalik tirai besi, menerima hukumannya. Mungkin si pembunuh meniru modus operandi kes pembunuhan lama itu, atau mereka telah tersalah tangkap orang yang tidak bersalah?

    A Merciful Silence merupakan siri keempat dalam koleksi novel Mercy Kilpatrick karya Kendra Elliot.

    Seseorang mungkin mempunyai jawapannya. Satu-satunya mangsa terselamat daripada kes dua dekad yang lalu itu telah kembali ke sana, masih mendakwa bahawa dia tidak ingat apa-apa pada malam dia tinggalkan untuk mati.

    Dengan pencarian kebenaran menjadi semakin berbahaya, Mercy khuatir wanita yang trauma itu sebenarnya tidak melupakan kejadian tersebut, sebaliknya cuba untuk merahsiakan sesuatu, dan harus membayarnya jika dia membocorkan rahsia tersebut.

    Justeru, bagi mengetahui sejauh mana kehebatan Ejen FBI Mercy Kilpatrick harus menyelesaikan kes jenayah dengan berpandukan teknik dan kaedah penyiasatan tersendiri maka jangan terlepas peluang untuk membaca novel A Merciful Silence karya Kendra Elliot.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda