AU perlukan sidang sejagat

ADDIS ABABA, 12 Feb – Kesatuan Afrika (AU) semalam menggesa untuk mengadakan sidang sejagat pada bulan Julai bagi berusaha menyelesaikan konflik di Libya, dengan tujuan mengadakan pilihan raya pada bulan Oktober. Dalam satu kenyataan mengatakan ia ingin mengadakan ‘persidangan antarabangsa’ berhubung perdamaian di Libya di bawah naungan AU dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada separuh pertama bulan Julai.

Ia juga memohon Suruhanjaya AU supaya menerima, bergabung bersama PBB dan kerajaan Libya, semua langkah perlu bagi pengurusan pilihan raya presiden dan pilihan raya perundangan pada Oktober 2019.

Ketua AU pada masa ini, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, telah menekankan perlunya bagi penyelesaian Afrika kepada masalah Afrika.

Libya musnah semasa pentadbiran yang bersaingan dan jumlah militia yang banyak sejak penggulingan dan pembunuhan diktator Muammar Gaddafi yang diketuai oleh NATO pada tahun 2011.

Ketua di kalangan mereka adalah Kerajaan Perjanjian Kebangsaan (GNA) yang diiktiraf antarabangsa yang diketuai oleh Fayez al-Sarraj di Tripoli dan pentadbiran sama di bahagian timur yang setia kepada orang kuat Khalifa Haftar.

Kekacauan politik dan keadaan yang tidak terjamin memberi manfaat kepada kumpulan jihad yang telah melancarkan banyak serangan dalam tahun-tahun kebelakangan, termasuk lebih 20 kali pada tahun 2018 ke atas institusi yang berkaitan dengan GNA dan Tentera Kebangsaan Libya.

Seorang diplomat pada sidang AU di Addis Ababa memberitahu AFP bahawa para pemimpin Afrika berpandangan apa yang mereka sifatkan ‘campur tangan luar di Afrika.” – AFP