Aubameyang harap pemain muda bersabar pamer aksi

LONDON, 25 DIS – Ketua pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang berkata, pemain muda yang bersemangat untuk memantapkan diri dalam skuad Arsenal harus bersabar sebelum diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

The Gunners memberikan aksi terburuk mereka dalam permulaan kempen selepas hampir separuh abad dan kali terakhir memenangi aksi domestik ialah pada 1 November lalu.

Menjelang pertemuan sukar awal pagi Ahad ini berdepan pasukan tangga kelima, Chelsea mereka hanya empat mata di atas zon penyingkiran.

Kegagalan Aubameyang mendapat sentuhan jaringan menjadi salah satu punca mengapa mereka berada dalam situasi sukar.

Prestasi pemain berpengalaman lain seperti Granit Xhaka dan Willian menurun memaksa Mikel Arteta memanggil pemain muda sebagai pengganti. – AFP

Gambar fail menunjukkan Aubameyang (kanan) semasa beraksi pada perlawanan antara Arsenal dan Southampton di Stadium Emirates, London. – AP