Aubameyang, Mahrez intai kejuaraan

kumpulan afrikaLIBREVILLE, 9 Jan – Skuad baru Ivory Coast dilihat akan mempertahankan kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika, sementara pasukan tuan rumah yang diketuai oleh Pierre-Emerick Aubameyang mengetuai barisan nama-nama bintang apabila kejohanan di Gabon itu bermula pada hujung minggu ini.

Dengan penyerang Borussia Dortmund, Aubameyang bersedia untuk membawa harapan pasukan Afrikan kecil itu di bahunya. Manakala Riyad Mahrez akan menyasarkan kejuaraan dengan mengetuai skuad Algeria ke final pada 5 Februari.

Mahrez menuju ke Gabon dengan masih segar selepas memenangi Anugerah Pemain Terbaik Afrika, menewaskan pemenang tahun lepas, Aubameyang.

“Perkara seterusnya selepas anugerah ini adalah Piala Negara-Negara Afrika. Pasukan saya akan cuba melakukan yang terbaik di sana,” kata penyerang kelahiran Perancis itu.

Algeria dan Senegal, yang diketuai oleh penyerang Liverpool Sadio Mane merupakan pencabar utama untuk menyaingi Ivory Coast dalam kejohanan kali ini. Ivory Coast mengalahkan Ghana melalui penentuan sepakan penalti dalam final di Guinea dua tahun lalu.

Tetapi Algeria dan Senegal akan berdepan antara satu sama lain dalam Kumpulan B, yang juga termasuk Tunisia dan Zimbabwe.

“Kumpulan kami sangat sukar, dengan beberapa pasukan teratas Afrika. Ia tidak akan menjadi mudah di Afrika, tetapi kami sudah bersedia dan kami merupakan sebuah pasukan yang hebat,” kata Mahrez baru-baru ini. – AFP