Aubameyang terus pamer aksi cemerlang

LONDON, 2 JULAI – Pierre-Emerick Aubameyang meledakkan dua gol ketika Arsenal kembali menemukan rentak mereka untuk melayakkan diri ke Eropah musim depan setelah berjaya mengalahkan Norwich 4-0, sementara Leicester terus bergelut dalam liga selepas mengalami kekalahan 2-1 menentang Everton. Aubameyang berganding bersama Jamie Vardy sebagai penja-ring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kini masing-masing telah meraih 19 gol semalam bersaing untuk mendapatkan Kasut Emas EPL.

Arsenal mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut dan naik ke tangga ketujuh dalam liga, sementara pasukan Norwich terus berada dalam zon pen-yingkiran. Ketua pasukan Norwich, Tim Krul tidak dapat membantu pasukannya sejurus selepas dibolosi menerusi jaringan pembukaan Aubameyang.

Aubameyang menyaksikan jaringan ke-50nya di EPL dalam 79 penampilan, menjadikannya pemain Arsenal pertama dan terpantas yang mencapai rekod terbaik itu.

“Seorang pemain yang mampu menjaringkan gol sebanyak itu dalam jangka waktu yang singkat memberitahu anda semua tentang betapa pentingnya dia untuk kami,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta. Aubameyang juga memberikan assist kepada Granit Xhaka pada perlawanan semalam untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum separuh masa pertama perlawanan. Cedric Soares menandatangani perjanjian kontrak empat tahun di Emirates minggu lalu tetapi belum beraksi membuat penampilan untuk The Gunners sejak menyertai Arsenal dengan pinjaman dari Southampton pada Januari lalu. – AFP

Reaksi Pierre-Emerick Aubameyang ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Norwich City di Stadium Emirates di London, semalam. – AP