Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Audi A3 baharu tegap, bergaya

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Pengedar rasmi kereta Audi di Brunei, TCY Motors Sdn Bhd hari ini memperkenalkan kereta sedan Audi A3 serba baharu yang lebih bergaya, tegap dan menarik.

    Pelancaran kereta baharu di Bilik Pameran Audi, Kiarong telah disempurnakan oleh Pengurus Jualan Audi Brunei, Fiona Keasbery dan Pengarah TCY Motors, Teng Chee How.

    Kereta sedan itu didatangkan dalam dua varian iaitu edisi S Line Black dan S Line High Gloss di Brunei.

    Ia dikuasakan dengan enjin petrol 1.4L TFSI empat silinder dengan transmisi kelajuan automatik.

    Audi A3 generasi kedua ini tampak lebih bergaya, besar dengan dimensi sedikit panjang berbanding model sebelumnya, sementara jarak rodanya tetap tidak berubah. Lebarnya telah meningkat sebanyak 2cm menjadi 1.82m dan kini lebih tinggi sebanyak 1cm pada 1.43m.

    Ia tampil lebih garang dengan rekaan bawah bampar bergril yang segak manakala lampu belakang LED menambahkan tarikannya.

    Manakala melangkah ke bahagian kokpit Audi A3 pula, teknologi pintar dan canggih turut melengkapinya dengan navigasi MMI 10.1 paparan sentuh yang menawarkan Apple Carplay dan Android Auto dengan paparan grafik menarik.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehebatan kereta ini, bolehlah mengunjungi bilik pameran Audi di Kampung Kiarong.

    Fiona Keasbery dan Teng Chee How bergambar ramai semasa majlis pelancaran di Bilik Pameran Audi, Kiarong.
    Audi A3 baharu yang penuh bergaya dan menarik.
    Tampilan dalaman badan kereta sedan Audi A3 baharu yang penuh bergaya dan menarik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -